Wednesday, January 27

Dua Kosong Satu Enam

Awal bicara untuk tahun ini,seperti biasa akan klise seperti tahun-tahun yang lalu. Namun,aku bukan sedang menaip ucapan ini di atas katil kegemaranku ditemani cahaya lampu samar-samar dari bangunan kondominium bersebelahan,tetapi aku di kolej. Ya,aku telah bergelar seorang pelajar universiti.

Masih seorang yang sama,cuma gelaran yang berbeza. Aku bukan lagi seorang pemungut sisa-sisa masa dengan menadah masa tambahan untuk berdengkur dan berlayar di alam mimpi.

Ah,sudahlah. Aku sering mengarut.

Sekian.

Selamat tahun baru.

No comments:

Post a Comment