Wednesday, January 27

Dua Kosong Satu Enam

Awal bicara untuk tahun ini,seperti biasa akan klise seperti tahun-tahun yang lalu. Namun,aku bukan sedang menaip ucapan ini di atas katil kegemaranku ditemani cahaya lampu samar-samar dari bangunan kondominium bersebelahan,tetapi aku di kolej. Ya,aku telah bergelar seorang pelajar universiti.

Masih seorang yang sama,cuma gelaran yang berbeza. Aku bukan lagi seorang pemungut sisa-sisa masa dengan menadah masa tambahan untuk berdengkur dan berlayar di alam mimpi.

Ah,sudahlah. Aku sering mengarut.

Sekian.

Selamat tahun baru.

Saturday, March 7

Pembuka bicara.




Salam sejahtera ke atas kalian.

Disini aku ingin menyatakan bahawasanya blog ini dengan serta-mertanya akan menjadi sebuah tempat untuk aku mencoretkan luahan isi hati aku melalui cerpen-cerpen yang bakal dipublisikan disini.

Diharap kalian semua akan berasa senang dan menantikannya.

Segala luahan hati yang berunsur diari umum mungkin juga akan secara tidak langsung akan diluahkan dan dipublisikan namun diharap kalian dapat memahami apa yang akan aku cuba sampaikan.

Semoga blog ini menjadi terkenal dan dilawati sepanjang masa serta dapat menghiburkan kalian semua. Segala komen membina atau mencerca amatlah digalakkan kerana ia amat diperlukan buat aku untuk menjadi seseorang yang lebih kental pada masa hadapan.

Sekian,terima kasih.