Di ketika ini,
Ada yang lagi berjuang dalam gelapnya malam
Ada yang berjuang di ruangan maya,
Ada yang berjuang di ruangan pesakit,
Ada yang berjuang diatas meja,
Ada yang berjuang diatas lebuhraya.
Di ketika ini,
Ada yang berusaha mengecap mimpi,
Ada yang sedang mengecap mimpi dalam lena,
Ada juga yang sedang mengecap mimpi dalam batas waktu.
Di ketika ini,
Andai engkau sedang berjuang mahupun leka mengecap mimpi,
Majulah,
Perbesarkan langkahmu,
Perkuatkan akalmu,
Berusahalah,
Kerana di ketika ini,
Ada yang tidak peduli,
Ada yang walang hati,
Ada juga yang hanya menanti....
Apa esok masih akan tiba?
Z.M.