Monday, April 25

ketiga

This contains an image of:

Sudah 3 tahun berlalu. Setiap orang di sekeliling ku berubah. Cuaca juga berubah mendadak. Orang-orang di sekitarku berjalan dengan laju setiap waktu. Di pagi hari gerimis, di tengahari sang suria mulai menyinar, dan seketika di malam hari bayu sepoi-sepoi bahasa menerjah. Bangunan-bangunan tinggi tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Yang siang berkerja sebagai warga syarikat mega, malam harinya merata-rata menghantar pesanan makanan. Kelihatan seperti semua orang di sekelilingku tahu apa tujuan mereka tiap-tiap hari. 

Aku disini masih kaku. Masih bersembunyi di ceruk kamar. Sepertinya langkahku terhenti pada 3 tahun lalu. Aku masih di belakang, melihat orang-orang mengejar impian dan cita-cita mereka. Langkah mereka jauh dan aku tidak berdaya mengejarnya. Lalu, aku ditinggalkan sendirian. Melihat orang-orang ini melangkah dengan pantas setiap hari membuatkan aku lelah. Aku tidak punya tujuan, tidak punya arah, seolah-olah aku sesat di tengah-tengah kota New York. Bandar yang sangat moden dan dipenuhi bangunan-bangunan tinggi. Jujur, aku takut. Tidak ada orang yang aku kenali dan yang mengenali aku disini. 

Aku memang telah ditinggalkan bersendiri,disini. 
Di 3 tahun yang lalu.

keempat

dalam keramaian, dalam ruang yang penuh dengan orang, mataku hanya terhenti di satu tempat, di tepat dua mata kamu. dalam suasana hingar-bin...